Total Pageviews

Monday, September 13, 2010

Jualan Amal Bantu Saudara Baru

Assalaamu 'alaikum wrh wbh,

Kepada para budiman yang dirahmati sekalian. Kali ini, kami melakukan jualan amal bagi mengumpul dana untuk membantu saudara baru kita. Jualan amal ini adalah dari pelbagai jenis barangan dari dalam dan luar negara dan diambil oleh daripada individu-individu yang dipercayai dan diyakini status jualan barangannya.

Sebahagian jualan ini akan disalurkan kepada Hidayah Centre sebagai tanda sokong dan bantuan pada mereka. Jadi, kami dengan rasa rendah diri memohon doa, sokongan dan dorongan kuat anda untuk kejayaan kami dalam perniagaan kecil-kecilan ini.

Selain itu, kami juga menolong saudara baru untuk mempromosikan perniagaan mereka dalam blog agar ramai sahabat di luar sana boleh berikan sokongan pada mereka.

Kepada para budiman yang berminat marilah membeli dengan kami.

1 comment:

  1. Untuk mengenali Hidayah Centre, layari http:///hidayahcentre.wordpress.com

    ReplyDelete